Saturday, October 8, 2011

Nak Jaga Arnab>?

Nak jaga arnab ni senang je.. meh aku tinggalkan sikit rules of thumb..

1) Hanya dapatkan arnab berumur 8 minggu keatas sahaja, atau 7 minggu untuk jenis dwarf atau mini. Mereka sangat memerlukan ibu sewaktu ini.

2) Kamu adalah kawan arnab kamu. Satu orang, satu arnab dah cukup. tak perlu cari sepasang sebab nanti arnab ko xnak kawan ngan ko.

3) Uruskan najis setiap hari. kalau malas sangat gak, maksimum 3 hari sekali. untuk maksimum ni make sure kamu gunakan serbuk kayu (woodchips) untuk serap segala lembapan yg dihasilkan arnab ko.

4) Jangan bergantung kepada satu jenis makanan saja. Bayangkan kamu terpaksa makan nasi SAHAJA sepanjang masa setiap hari. Seminggu pun dah muak. Bagi la makan Hay, dedaun or kayu-kayu yang diketahui tidak mudarat kepada arnab.

5) Arnab sangat comel sewaktu kecik, tapi bila dah tua dah tak comel. So, dapatkan arnab yang bersaiz kecil sampai tua. Arnab jenis ini boleh dikenalpasti dengan perkataan "Dwarf" atau "Mini". Mereka ni dari keturunan yang mudah dijaga, manja, suka dibelai, lincah, dan TAK BANYAK MAKAN. Paling penting, kekal comel dan awet muda.

6) Sangkar arnab adalah tempat anda mengurung arnab demi keselamatannya. Arnab yang bijak akan menggunakan sangkar sebagai tempat makan dan tempat membuang sahaja. Seeloknya biarkan arnab anda bebas keluar-masuk sangkarnya.

7) Pendidikan itu penting. Haiwan peliharaan umpama budak kecik yang sememangnye boleh dididik.

8) Membela haiwan memerlukan ilmu. Jangan segan bertanya.

2 comments:

  1. nak tanya.. macam man kadang2 arnab peliharaan tuh boleh terlepas... dari sangkar.. padahal dah tutup semua ok... pelik sungguh... dia lompat kot...

    ReplyDelete
  2. Arnab pun macam kucing gak, pandai belajar benda baru. Rabbit saya pandai bukak pintu sangkar sendiri. Especially bila dah terlalu lama dikurung. kalau dah boring sangat memang jadi Mc Gyver la dia. Jadi, selalu2 la keluarkan arnab tu. Or, Modify selak tu jadi complecated sket.

    ReplyDelete