Tuesday, November 1, 2011

Kisah Kad Kredit / Kad Debit

Lari sikit dari cerita rabbit

Hari ni aku gatal pi isi minyak kat depan UTM Skudai. Tengok kiri kanan, tak jumpa pulak ATM CIMB. So keluar la kad debit mastercard aku.

Dengan lagak anak seorang menteri, aku pun pegi la kat kaunter. Sana ada 3 orang budak melayu ; 2 laki, sorang pompuan (muka de lawa pun).

Aku: Dik, Pam 9 RM30 ye.
Pompuan: Kad mesra?
Aku: Takdak!.
~swipe n wait~
Pompuan : Abang pegi isi dulu ye...

Aku pun jalan la pegi isi minyak. Tengah dok feeling hidu bau petrol aku baru terfikir.. " aik? Nape pulak kena isi dulu? Nak dibuat ape ngan kad aku?" So, aku pun layankan je dulu kejap. Abis isi mnyak aku masuk la balik nk amek resit ngan kad.

Sampai kat kaunter aku nmpak kad aku ngah terbalik. So, nampak la security code kat belakang tu. Budak tadi lak pegang hempon. Tambah suspicious la aku.

Aku: Dik, nape tadi suh saya isi dulu?
Pompuan: Nak kuarkan resit ni kena la isi dulu bang.
~dalam hati: aku suh caj RM30 je td.. nape lak 'kena isi dulu'? Ko ingat aku baru semalam ke pakai kad ni? Lagi suspicious, budak tu tak check pun signiture aku same kat kad or tak. Aku siap sain merapu, pun dia tak heran!

Memandangan aku baru je masukkan beratus dalam kad tu, aku pun terus la contact card centre. So sekarang kad dah block, aku lak kena cas RM 10. Tak kisah la, asalkan xmelayang beratus2. Korang bayangkan kalau kad kredit kena cmni. Tak pasal-pasal tanggung hutang beribu.

Ayat awek kadcentre: "Lain kali jangan biarkan encik.." (xtau la ada tersirat ke tak).

Please share this info with your love ones.

Saturday, October 8, 2011

For Adoption

Baby 1
RM 150
Teddy Dwarf
Parents: Mama Adeq & Lee Boy II 
FOUND NEW HOME


Baby 2
RM 150
Teddy Dwarf
Parents: Mama Adeq & Lee Boy II
FOUND NEW HOME

Baby 3
RM 150
Teddy Dwarf
Parents: Mama Adeq & Lee Boy II
FOUND NEW HOME


Baby 4
RM 150
Teddy Dwarf
Parents: Mama Adeq & Lee Boy II
FOUND NEW HOME











Nak Jaga Arnab>?

Nak jaga arnab ni senang je.. meh aku tinggalkan sikit rules of thumb..

1) Hanya dapatkan arnab berumur 8 minggu keatas sahaja, atau 7 minggu untuk jenis dwarf atau mini. Mereka sangat memerlukan ibu sewaktu ini.

2) Kamu adalah kawan arnab kamu. Satu orang, satu arnab dah cukup. tak perlu cari sepasang sebab nanti arnab ko xnak kawan ngan ko.

3) Uruskan najis setiap hari. kalau malas sangat gak, maksimum 3 hari sekali. untuk maksimum ni make sure kamu gunakan serbuk kayu (woodchips) untuk serap segala lembapan yg dihasilkan arnab ko.

4) Jangan bergantung kepada satu jenis makanan saja. Bayangkan kamu terpaksa makan nasi SAHAJA sepanjang masa setiap hari. Seminggu pun dah muak. Bagi la makan Hay, dedaun or kayu-kayu yang diketahui tidak mudarat kepada arnab.

5) Arnab sangat comel sewaktu kecik, tapi bila dah tua dah tak comel. So, dapatkan arnab yang bersaiz kecil sampai tua. Arnab jenis ini boleh dikenalpasti dengan perkataan "Dwarf" atau "Mini". Mereka ni dari keturunan yang mudah dijaga, manja, suka dibelai, lincah, dan TAK BANYAK MAKAN. Paling penting, kekal comel dan awet muda.

6) Sangkar arnab adalah tempat anda mengurung arnab demi keselamatannya. Arnab yang bijak akan menggunakan sangkar sebagai tempat makan dan tempat membuang sahaja. Seeloknya biarkan arnab anda bebas keluar-masuk sangkarnya.

7) Pendidikan itu penting. Haiwan peliharaan umpama budak kecik yang sememangnye boleh dididik.

8) Membela haiwan memerlukan ilmu. Jangan segan bertanya.